PELAKON Sharnaaz Ahmad mengundang perhatian ramai apabila meluahkan harapan diberikan tawaran membintangi filem.
Menurut Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 40, dia mengimpikan beraksi dalam sebuah naskhah yang bagus memandangkan ketika ini tidak terikat dengan mana-mana projek.
“Aku perlukan filem yang bagus.
Aku bosan dan tiada kerja,” katanya dalam InstaStory.
Dalam perkongsian lain, dia sekali lagi menegaskan hanya ingin berkarya dan bukannya menonton filem.
Aku bukan nak tonton filem. Aku nak berlakon!
“Kalau nak tengok filem, lebih baik menonton Senario. Selama-lamanya klasik!” katanya lagi.

TANGKAP layar luahan Sharnaaz yang mencuri perhatian ramai pengikutnya.
Difahamkan, Sharnaaz tidak terlibat dalam mana-mana penggambaran filem ketika ini dan naskhah terbaharunya, Magik Rompak bakal ditayangkan September depan. – HIBGLAM