‘Boikot? Saya tak kisah’ – Fajar Noor terima ‘hukuman’

PERNAH terpalit kontroversi cinta, penyanyi Indonesia Fajar Noor tidak terkesan dengan kecaman dan hanya mahu fokus memantapkan kerjaya seni.

Fajar atau nama lengkapnya Fajar Nurdiansyah, 21, berkata, setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan dan perlu bertanggungjawab atas tindakan sendiri.

“Saya melalui kontroversi ini sama seperti manusia biasa lain. Teruskan hidup dan terima sahaja apa yang orang katakan.

Kita pun manusia, pernah buat salah. Jadi sekarang saya ambil masa untuk baiki diri, hasilkan karya dan fokus pada apa yang sedang saya usahakan.

“Saya mahu menulis lagu dan buat masa ini soal cinta tolak tepi dahulu,” katanya katanya kepada HibGlam pada sidang media pelancaran lagu Tahta Hatiku #Pendampingmu dan Menjaga Hati, hari ini.

Meskipun kehilangan sejumlah pengikut dalam Instagram selepas kontroversi tersebut, Fajar enggan ambil pusing dan menerima sepenuhnya segala akibat perbuatannya.

“Diboikot peminat? Maksudnya, ramai yang ‘unfollow’? Oh ya, reaksi saya tidak mengapa, saya tak kisah.

Saya tidak rasa kecewa kerana saya ini jenis yang bertanggungjawab atas apa yang saya buat. Jadi, saya okey dan terima seadanya.

“Saya jenis yang terus jalan sahaja. Itu semua tanggungjawab juga. Jadi terpulanglah kepada orang mahu cakap apa pun,” ujarnya lagi.

Pada Jun lalu, Fajar terpalit  kontroversi apabila Juara Indonesian Idol ke-13 Shabrina tanpa segan silu memuat naik video mereka sedang bercumbu dalam sebuah video hingga mengundang kecaman orang ramai.

Shabrina berkongsi sebuah video berbentuk time-lapse menunjukkan dia sedang menata rias wajah Fajar sebelum bertindak mencium penyanyi itu.

Tidak terhenti di situ, Fajar juga didakwa berlaku curang ketika menjalin hubungan dengan Shabrina.

Fajar didakwa kononnya bermain cinta dengan pelakon Indonesia, Amanda Lucson.

Situasi semakin teruk apabila Amanda berkongsi audio Fajar menafikan bercinta dengan Shabrina.

Susulan itu, peminat menunjukkan protes kerana kecewa dengan tindakan penyanyi itu sehingga jumlah pengikutnya menurun sebanyak 20,000. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok