BELUM selesai rupa-rupanya kes hadanah atau tuntutan hak penjagaan anak membabitkan pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Shuhada Shukri.
Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan tarikh 30 September depan sebagai hari keputusan kes difailkan aktor berkenaan untuk dua anaknya, Humairah dan Umar.
Menurut peguam yang mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader, pihaknya telah memanggil dua saksi dan sesi keterangan berjalan lancar.
Bahkan katanya, ketiadaan bekas isteri Hafidz Roshdi pada prosiding 30 Julai lalu turut dimaklumkan kepada mahkamah.
Pelik pula Diva sebab Shuhada macam menyepi, dalam Instagram pun sudah hampir dua bulan tiada hantaran terbaru.
Di mana agaknya wanita itu. Apatah lagi Shuhada sudah melanggar perintah mahkamah yang membenarkan Hafidz berjumpa anak-anaknya.
Harapnya Shuhada yang dimaklumkan masih berada di Australia dapat pulang menyelesaikan isu tersebut, kalau tak pun kongsi berita kerana ramai tertunggu-tunggu perkembangan mereka tiga beranak.
DIVA: Kalau betul festival filem di Macau, China itu ‘cap ayam’ punya, kasihan betul kepada pemenangnya yang sudah berbunga-bunga rasa dihargai.