‘Melting’ tengok Zahirah, anak lelaki berborak

KECANTIKAN dimiliki Zahirah MacWilson memang tiada tandingan. Cantiknya itu membuatkan banyak mata tidak berkelip setiap kali memandangnya.

Pujian tersebut yang membanjiri ruangan komen sebuah video TikTok milik aktres berusia 30 tahun itu yang memaparkan perbualannya dengan anak lelakinya, Isaac Raees kini berusia empat tahun sambil menikmati snek pada waktu malam.

Gelagat dua beranak itu mengundang respons positif netizen termasuk cara Zahirah berbual yang sangat lemah lembut selain memuji Isaac yang petah bertutur bahasa Melayu.

“Seronok tengok ibu dan anak berbual. Lagi suka bila dengar Isaac lancar berbahasa Melayu sementara anak artis lain masih pelat.

“Macam tengah tengok Hailey Bieber borak dengan anak dia tapi ini Zahirah! Cantik sangat.

“Dia makan snek biskut tengah malam sebab tu badan cantik, kita pula melantak mi segera,” usik netizen secara nakal.

Selain Isaac, hasil perkongsian hidup dengan Aiman Hakim Ridza mereka juga memiliki anak perempuan iaitu Inara Raisa. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok