Bina hotel di Tel Aviv, Leonardo Dicaprio kena ‘serang’

PELAKON terkenal Hollywood, Leonardo DiCaprio dihujani kecaman netizen seluruh dunia selepas dikhabarkan bakal membina hotel mewah di Tel Aviv, Israel.

Bintang filem Titanic itu mempunyai 10 peratus saham dalam pembinaan hotel yang dimiliki syarikat The Hagag Group.

Hotel mewah itu bakal dibina di Herzliya Marina setinggi 14 tingkat dan memiliki 365 buah bilik.

Pengumuman tersebut nyata mengecewakan ramai peminat Leonardo seluruh dunia.

Menurut netizen, dia sepatutnya menggunakan wang tersebut untuk membangunkan Gaza yang telah musnah sepenuhnya akibat kekejaman rejim Israel.

“Saya betul-betul kecewa dengan Leonardo. Sebagai seorang yang memperkasakan kelestarian alam sekitar, dia seharusnya menggunakan kekayaannya ke arah kebaikan dan kemanusiaan. Bukannya melabur membangunkan hotel mewah di negara haram yang mengebom Gaza,” komen netizen.

Netizen turut mempertikaikan kehadiran DiCaprio di majlis perkahwinan billionaire Bezos baru-baru ini memandangkan dia merupakan pejuang alam sekitar.

Isteri Bezos sebelum ini pernah dikecam gara-gara mengikuti pengembaraan ke angkasa lepas bersama Katy Perry yang disifatkan sebagai membazir dan mencemarkan alam sekitar. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok