‘Mana pergi rasa hormat? Jangan cemari dengan perangai haiwan’

PENDAKWAH bebas, Haris Ismail atau PU Riz meluahkan kekesalan terhadap insiden tular membabitkan seorang pelajar bertindak menumbuk gurunya.

Pada masa sama, Haris atau nama penuhnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 30, menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak beradab dan mencemarkan nilai murni hubungan antara pelajar dan cikgu.

Sangatlah mendungukan apabila melihat anak murid cuba memukul dan mengacah-acah berani kepada gurunya.

“Mana pergi rasa hormat? Kalau tak nak terima alasan keagamaan, tidak boleh faham nilai murni berkait guru dan pelajar?,” katanya dalam hantaran Instagram.

Berkongsi lanjut, suami kepada selebriti Neelofa itu turut mengingatkan pentingnya menjaga adab ketika menuntut ilmu sebagaimana pesanan Rasulullah SAW.

“Memetik kata-kata hikmah bagi syumur nabi SAW, ‘Aku diutus untuk sempurnakan akhlak yang mulia.

Peliharalah adab, cukuplah, sudahlah, tuntut ilmu ini benda wajib jangan cemar dengan akhlak haiwan yang kita bawa’,” katanya lagi.

Sebelum ini, berang ditegur kerana ponteng kelas punca seorang pelajar lelaki bertindak menumbuk muka gurunya dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Kajang, Selangor.

Tertuduh juvana yang berusia 14 tahun itu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyebabkan kecederaan.

Mahkamah menetapkan 11 September depan bagi laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum hukuman dijatuhkan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok