‘Selak kain, nampak kaki, orang tahu apa berlaku selepas itu’

PELAKON Aiman Hakim Ridza menegaskan tiada keperluan menyelitkan babak intim dalam mana-mana naskhah.

Menurut Aiman atau nama penuhnya Aiman Hakim Ridza Abdoh, 36, penonton zaman sekarang semakin bijak menghadam apa sahaja babak dan jalan cerita tanpa perlu dipertontonkan adegan sebegitu.

Saya rasa babak intim dalam mana-mana naskhah sebenarnya tidak perlu pun terutama di negara asia.

“Kalau di Hollywood pun sebenarnya tak perlu.

“Saya rasa bila angkat kain dan tunjuk kaki pun, orang dah faham apa benda yang nak jadi,” katanya ketika ditemui di set penggambaran drama Bad Cop, baru-baru ini.

Mengulas mengenai tindakan pelakon, Whulandry Herman meminta izin dan memaklumkan kepada isterinya, Zahirah MacWilson sebelum melakonkan babak romantis dalam Bad Cop, Aiman menerimanya dengan hati terbuka.

“Kalau Whulan rasa apa yang dilakukan itu baik untuknya, saya okey. Di set penggambaran juga kami profesional.

Ya ada babak romantis tetapi masih ada batasan. Tiada babak terlalu intim pun antara saya dengan Whulan dalam drama ini, cuma untuk kesinambungan bagi plot cerita,” katanya lagi.

Dalam masa sama, dia bersyukur memiliki keluarga terutama isteri yang sangat memahami selain berpendapat komunikasi perkara paling penting dalam hubungan rumah tangag.

“Alhamdulillah saya ada keluarga yang sangat hebat.

“Komunikasi sangat penting termasuk tentang kerja.

Bagi saya, dia bukan hanya sekadar isteri tetapi juga kawan baik yang juga individu saya selesa untuk berkongsi apa sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, Whulan memberitahu dia meminta izin daripada Zahirah sebelum menjalani penggambaran bersama Aiman untuk drama bersiri terbaharu, Bad Cop.

Katanya, perkara tersebut dilakukan sebelum menjayakan beberapa adegan mesra bersama Aiman untuk drama berkenaan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok