55
SELEBRITI terkenal, Didie Alias merakamkan ucapan tanah buat anak saudaranya yang juga guru tuisyen terkenal dikenali sebagai Sir Uzairi, bersempena majlis perkahwinannya yang berlangsung Sabtu lalu.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd. @ Ali memuat naik beberapa keping gambar bersama suami, Norisham Ismail, ketika menghadiri majlis tersebut, sambil menitipkan doa agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
“Alhamdulillah selesai sudah. Tahniah anak buahku, Sir Uzairi kerana sudah berpunya.
“Mak cik doakan semoga Ayie (Sir Uzairi) diberi kebahagiaan bersama Aina hingga ke hujung nyawa. Sayang awak berdua. Selamat datang ke dalam keluarga kami, Aina,” tulisnya.
Perkongsian tersebut mencuri perhatian netizen yang terkejut mengetahui pelakon berusia 53 tahun itu sebenarnya merupakan ibu saudara kepada Sir Uzairi.
“Plot twist, sedarah rupanya,” komen seorang pengguna.
“Patut lah Sir Uzairi kelakar, anak buah Didie Alias rupa-rupanya.
“Geng baru tahu hadir, tahniah buat anak buah mommy (Didie),” demikian antara komen netizen. – HIBGLAM.