MENGAKUI berdepan tekanan, penyanyi Miley Cyrus melupakan rancangan mengadakan konsert bergerak demi menjaga kesihatan mentalnya.
Perkara itu didedahkan menerusi program bual bicara Good Morning America.
Saya mempunyai kemampuan secara fizikal untuk merealisasikan konsert dan promosi jelajah tapi tidak punya keinginan berbuat demikian.
“Saya harap kemahuan ke arah itu (konsert) kuat, nampaknya lebih baik saya fokus kesihatan diri,” katanya.
Cyrus mengakui dia bukan seperti sesetengah artis yang ada semangat luar biasa sehingga dapat beraksi di pentas mega walaupun dalam kemurungan.
Bagi penyanyi lagu Flowers itu, keutamaan dalam kehidupannya adalah ketenangan serta keseimbangan rohani dan jasmani.
Kau berada di hadapan ribuan yang berteriak kepadamu, melonjak kerana berasa disayangi tetapi selepas pertunjukkan tamat, kau terus jatuh.
“Kemudian kau terfikir, tidak cukupkah bilangan peminat mu sekarang? Mahu tambah 8,000, 10,000? Sampai bila-bila pun takkan pernah puas,” ujarnya. – HIBGLAM