PELAKON Puteri Sarah Liyana mengakui pernah dihurung rasa bersalah setiap kali keluar bersendirian untuk melakukan sebarang aktiviti seorang diri.
Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, berkata, ideologi sebegitu akhirnya berubah apabila dia berasakan bahawa mengutamakan diri sendiri seperti menjaga amanah yang sudah diberikan Tuhan.
“Dulu rasa bersalah bila ambil masa untuk diri sendiri.
“Macam pentingkan diri bila keluar rumah untuk masa peribadi.
“Tapi sekarang tersedar jaga diri bukan kezaliman, itu tanda hormat pada amanah yang Allah SWT titipkan,” katanya dalam satu hantaran Instagram.
Tambah Sarah, ketenangan juga boleh dimiliki apabila jiwa dan emosi terjaga dengan baik.
“Bila badan rasa senang, hati jadi tenang. Bila minda terjaga, baru dapat fokus pada keluarga dan kerjaya.
“Sebab wanita kuat bukan yang tak pernah penat tapi yang tahu bila perlu berhenti dan berehat,” ujarnya.
Sebelum ini, namanya pernah meledak selepas bercerai talak satu dengan bekas suami yang juga pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun 2023 selepas sembilan tahun hidup bersama.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 9, dan Summayah, 7. – HIBGLAM