TIDAK pernah berhenti menyebarkan kesedaran kepada orang ramai, itulah sifat positif Alif Satar yang dikagumi ramai.
Selain sentiasa mengingatkan soal solat lima waktu, dia juga sering meminta orang ramai bersyukur dengan setiap rezeki dimiliki hari ini.
“Bersyukur dengan perkara kita ada, kemewahan yang Tuhan beri untuk merancang menu yang kita nak makan.
“Ada yang sedang bertarung nyawa berebut gandum di Gaza, Palestin.
“Makan ini sahaja ke… atau tak sedap, fikirlah dulu sebelum mengeluarkan perkataan tersebut. Jangan lupa mulakan hari kalian dengan sedekah!” katanya.
Fuh! Mendalam betul ayat yang ditulis Alif. Tapi ada benarnya sebab ada segelintir manusia sekarang memang tak bersyukur dengan semua yang mereka miliki.
Belajarlah jadi manusia yang sentiasa bersyukur ya semua. Terima kasih Alif sebab sentiasa membawa aura dan memberi nasihat positif kepada kami semua.
DIVA: Rancak betul sukan pickleball sekarang, harap jangan jadi trend sementara sahaja.