EMPAT Kali melalui kegagalan rumah tangga, penyanyi Jennifer Lopez memberi bayangan enggan lagi berkahwin pada masa akan datang.
Biarpun diungkapkan secara berseloroh, jawapan spontan kepada seorang penonton ketika di beraksi di konsert jelajah Up All Night di Eropah seperti menzahirkan isi hati sebenar.
Mengimbas momen tersebut, seorang penonton menjerit melamar Lopez atau JLo ketika selebriti sensasi itu mahu menyambung persembahan.
“JLo, sudikah anda berkahwin dengan saya,” kata lelaki tersebut disambut sorakan ramai.
Tanpa berfikir panjang dia memberi balasan pantas menegaskan pernah beberapa kali berada dalam institusi perkahwinan.
“Saya rasa sudah cukup, saya sudah mencuba beberapa kali,” ujarnya dengan suara yang jelas.
Terdahulu JLo berkahwin dengan aktor Ojani Noa (1997-1998), disusuli penari latar, Cris Judd (2001- 2003), penyanyi Marc Anthony (2004-2014) dan pelakon Ben Affleck (2022-2024). – HIBGLAM