TANPA memberikan sebarang perincian, pelakon Fazura dilihat berada di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dipercayai berkaitan isu penyebaran fitnah melibatkan dirinya dalam media sosial.
Menerusi hantaran InstaStory, pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin, 41, itu hadir di bilik gerakan agensi berkenaan, semalam.
Selain itu, dia turut memuat naik foto beberapa salinan bukti-bukti komen netizen yang berkaitan kisah hidupnya selepas bercerai dengan pelakon Fattah Amin.
Malah, ada juga yang mendakwa Fazura mengambil tindakan terhadap netizen yang mengecam arwah bapanya.
Namun, pelakon filem Pisau Cukur itu tidak memberi sebarang kenyataan atau maklumat lanjut tentang tujuannya ke pejabat tersebut.

TANGKAP layar perkongsian Fazura mengenai beberapa salinan bukti-bukti komen netizen yang berkaitan kisah hidupnya selepas bercerai dengan Fattah.
Dalam masa sama, ramai peminat meluahkan rasa simpati terhadapnya dan menyokong tindakan yang diambil.
“Yang buat fitnah fasal Allahyarham papa Faz, kutuk anak comel yang belum ada dosa dan fitnah Kak Faz bukan-bukan, sekarang adalah masalah untuk kalian balas apa yang kalian lakukan,” kata peminat.
“Saya jarang komen fasal Faz tapi bila tengok dia mula bertindak ke atas mereka yang buat fitnah macam-macam memang saya sokong,” ujar netizen.
“Semoga semua urusan Fazura dipermudahkan untuk mempertahankan maruahnya, anak, keluarga dan arwah papa yang turut dipijak netizen sejak sembilan bulan lalu,” tutur pengikut. – HIBGLAM

FAZURA