‘Berseronok boleh tapi duit makan anak-anak abaikan’ 

“MANA bapa anak-anak ini? Kalau jumpa tanya dia, tak takut ke akhirat esok kena soal macam-macam?”

Itu dakwaan pelakon, Linda Hashim terhadap suaminya juga aktor Beego yang dikatakan lepas tangan daripada menunaikan tanggungjawab terhadap darah daging sendiri.

Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, berkata, berlaku pengabaian apabila seorang bapa hanya mementingkan diri dengan tidak memberi nafkah kepada keluarga terutama makan minum anak-anak.

Bahkan, pelakon drama Kembali Kepada Fitrah itu secara sinis menyatakan Beego tidak perlu risau kerana perbelanjaan lain sudah ditanggungnya.

Berseronok boleh tapi duit makan anak-anak abaikan setelah sekian lama.

“Duit makan sahaja pun, duit lain maknya dah tanggung sepenuhnya. Sekian,” katanya dalam hantaran di TikTok.

Linda yang kini masih dalam proses perceraian dengan Beego berkongsi foto ketiga-tiga anak mereka menikmati hidangan di sebuah restoran.

Perkongsian tersebut meraih maklum balas pengikutnya yang rata-rata bersimpati dengan nasib isteri dan anak-anak teraniya seperti mereka.

Ada pengikut yang turut berkongsi pengalaman sama sepertinya selain menitipkan kata-kata semangat agar jangan berhenti menuntut hak permata hatinya.

Bab nafkah jangan buat main kerana melibatkan anugerah, tanggungjawab kita antara manusia boleh selesaikan atau tak. Ada undang-undang, boleh tuntut. Bukan pasal mampu atau tak,” tulis netizen.

“Bekas suami tak bagi nafkah, jumpa anak di sekolah diam-diam. Lepas itu cakap pada anak dah besar nanti nak ambil mereka. Cerita pada orang rindu anak, kerja bagus tapi nafkah habuk pun tak ada,” ujar pemilik akaun lain.

Terdahulu, Linda berkahwin dengan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, pada 2013 dan dikurniakan tiga anak perempuan, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, serta Indah Camelia, 6.

Kemelut rumah tangga mereka menjadi perhatian apabila Linda memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, awal Januari lalu atas alasan sudah tiada persefahaman.

Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini pernah bercerai talak satu sebelum sepakat kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendedahkan mereka kemudian bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok