KUCING kami, Luna dalam keadaan kritikal dan kehilangan banyak darah dan memerlukan penderma darah (kucing) yang bersesuaian.
Demikian perkongsian pelakon Awal Ashaari yang merayu bantuan orang ramai yang memiliki kucing untuk membantu menyelamatkan haiwan peliharaan kesayangannya.
Awal atau nama penuhnya, Ahmad Awaluddin Ashaari, 43, berkata, penderma (kucing) mestilah berada dalam keadaan sihat dan sudah divaksin.
Kami sangat hargai pemilik kucing yang tinggal berhampiran yang ingin membantu, untuk membawa kucing pelihataan anda ke Saint Angel Animal Medical Center, Puchong.
“Untuk menderma sebaiknya kucing berumur satu hingga enam tahun, sihat dan telah divaksin,” katanya dalam InstaStory.
Pada masa sama, suami kepada pelakon Scha Alyahya itu memaklumkan akan menanggung kos bagi setiap kucing yang akan menderma darah.
“Kami bawa seekor lagi kucing kami, Tigo tapi dia tak bersesuaian.
Cuma hadir bersama kucing anda di hospital, beritahu nama Luna dan segala kos akan dibiayai pihak kami.
“Saya berada di hospital dan semoga Allah membalas jasa anda semua. Terima kasih,” ujarnya lagi.
Setakat ini, lapan kucing tampil ke klinik bagi menderma darah.
Sebelum ini, Awal memaklumkan kucingnya memerlukan penderma selepas kehilangan banyak darah.
Pun begitu, Awal tidak berkongsi lebih lanjut masalah kesihatan yang dihadapi haiwan kesayangannya itu. – HIBGLAM