‘Warna kulit, bentuk badan bukan bahan gurau’

PELAKON Datin Intan Najuwa menegaskan isu warna kulit dan saiz badan tidak seharusnya menjadi topik perdebatan dalam kalangan masyarakat.

Menurut pemilik nama lengkap Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, perkara tersebut juga bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan gurauan sehingga menjatuhkan maruah seseorang.

“Sama ada pelik atau buat-buat pelik ke, tetap tak perlu.

Warna kulit , bentuk badan dan saiz bukan topik untuk dipersoalkan, bergurau atau dibayangkan,” katanya membalas komen seorang individu dalam aplikasi Threads.

Dalam masa sama Intan berkata, perkara sebegitu disifatkan terlalu personal selain tidak perlu mencampuri urusan orang lain.

“Hal itu sangat sensitif dan peribadi. Ini bukan isu yang perlu dibahaskan.

Jika bukan badan kalian, jangan bersuara mengenainya. Belajar untuk berdiam diri,” jelasnya.

Terbaharu, Intan bengang dengan komen netizen yang mengkritik warna kulitnya sewaktu menghadiri sebuah majlis semalam.

Menerusi hantaran dalam Threads, dia juga meluahkan rasa kecewa apabila masih ada individu yang memandang warna kulit. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok