‘Kulit gelap? Kita hari-hari teman suami main polo’

Pelakon popular, Datin Intan Najuwa bengang dengan komen netizen yang mengkritik warna kulitnya sewaktu menghadiri sebuah majlis semalam.

Menerusi hantaran dalam Threads, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, meluahkan rasa kecewa apabila masih ada individu yang memandang warna kulit.

“Ada mak cik bawang komen pada gambar di majlis semalam ‘kenapa Intan Najuwa gelap sangat’.

Eh macam nak cili mulut dia. Salah ke kalau gelap? Kita hari-hari teman suami main polo di padang. Panas tau,” tulisnya.

Tambah pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu lagi, dia sememangnya dilahirkan dengan kulit berona sawo matang.

“Saya memang bukan wanita yang berkulit putih. Dari kecil lagi saya berkulit sawo matang.

Tolonglah berhenti nak menilai orang berdasarkan warna kulit gelap atau putih. Baik pergi buat perkara yang berfaedah sikit,” tulisnya.

Terdahulu semalam Intan bersama beberapa lagi selebriti terkenal yang lain antaranya Fasha Sandha dan Bella Astillah hadir di Majlis Penyerahan Sumbangan Yayasan Nurjiwa milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Namun netizen mempersoalkan kulit wajah Intan yang ketika itu memakai selendang putih kelihatan gelap. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok