‘Kanak-kanak selamba maki hamun, saya terdiam’

Terkesima. Itu respons pengacara Hawa Rizwana yang terkejut dengan tindakan sekumpulan kanak-kanak bercakap menggunakan kata-kata kesat dan memaki hamun sesama sendiri di tempat awam.

Hawa atau nama lengkapnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 30, berpendapat situasi tersebut dipengaruhi media sosial yang memainkan peranan besar dalam membentuk pemikiran dan tingkah laku kanak-kanak zaman sekarang.

Saya sedang berjalan di taman dan terdengar budak-budak sekitar sembilan hingga 10 tahun dengan selamba menyebut kata-kata makian seolah-olah perkara biasa.

“Kata-kata yang sangat kesat. Perkara itu buat saya terdiam seketika.

“Saya rasa media sosial memang sangat besar pengaruhnya kepada mereka (kanak-kanak) lebih daripada yang kita sedar,” katanya dalam hantaran Threads.

Pengacara MeleTOP itu juga menyeru golongan lebih dewasa khususnya individu berpengaruh untuk lebih peka terhadap kandungan yang dikongsikan agar tidak menjadi contoh negatif buat generasi muda yang mudah terpengaruh.

Kepada mereka yang sering menjadi perhatian (orang dewasa), tolong lebih berhati-hati dan bertanggungjawab.

“Anak-anak kecil sedang memerhati dan mereka belajar,” tuturnya lagi.

Rata-rata pengguna media bersetuju dengan pandangan Hawa dan berharap golongan dewasa terutamanya pempengaruh serta selebriti lebih cakna tentang pengaruh mereka terhadap generasi muda.

“Betul, media sosial pengaruh budak-budak lebih dari apa yang kita fikir. Figura awam harus lebih berjaga-jaga, mereka menonton dan tiru,” ujar pengikut.

“Media sosial sememangnya memainkan peranan kecil tapi apa yang lebih utama adalah institusi kekeluargaan itu sendiri. Kegagalan ibu apa akan melahirkan anak-anak yang gagal,” kata peminat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok