‘Walau beribu kecaman, mama tetap dengan Cik B’

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida bersyukur dikurniakan seorang anak perempuan yang tidak pernah merungut apatah lagi membalas kecaman yang dilemparkan netizen dalam media sosial termasuk apabila digelar ‘tomboy’.

Menurut Vida atau nama penuhnya Hasmiza Otman, 54, meski dihentam, Cik B , 20, hanya berdiam dan menganggap mereka tidak mengenalinya secara peribadi.

“Terima kasih atas pahala yang diberikan.

Setiap kali dihina dan dikecam, Cik B tak pernah balas. Malah dia hanya berkata ‘tak mengapalah mama, biarkan mereka’ sebab tak kenal Cik B.

“Tidak pernah sekali pun dia mengamuk atau menghentam netizen yang mengatanya,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Dalam masa sama, Vida juga menyifatkan Cik B atau nama penuhnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin sebagai anak yang baik dan sentiasa menjaga adab.

Dia juga menegaskan akan sentiasa berada di samping Cik B meski ramai melemparkan kata-kata buruk terhadap anak perempuannya itu.

“Cik B anak yang baik, sentiasa hormat orang tua. Mama tahu anak mama seorang yang sangat hebat, hormat orang tua, beradab dan baik hati.

Mama tahu hidup Cik B penuh dengan kecaman tapi sentiasa kuat dan sabar dengan kata-kata orang.

“Biar seribu yang menikam, mama tetap dengan anak mama. Cik B anak yang mempunyai hati yang besar dan ikhlas,” ujarnya.

Menerusi hantaran sama, Vida turut memuat naik tangkap layar komen individu yang mengecam penampilan Cik B seperti seorang lelaki atau digelar sebagai ‘tomboy’.

“Anak sendiri (mengejar) keduniaan, harta dan tomboy. Pada anak tahfiz pandai pulak nasihat, kejar konten,” kata individu tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok