Selena Gomez, Benny Blanco kahwin September ini

TIADA angin, tiada ribut, pasangan selebriti terkenal iaitu penyanyi Selena Gomez dan Benny Blanco bakal melangsungkan majlis perkahwinan secara tertutup di Montecito, California pada September ini.

Menurut laporan Daily Mail, sumber terdekat mendedahkan majlis yang bakal berlangsung selama dua hari itu hanya akan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat, dengan jemputan dihantar sendiri Selena dan Blanco melalui melalui e-mel peribadi.

Selena dan Benny sengaja memilih hujung musim panas kerana menjelang hujung tahun semua orang biasanya sibuk dengan komitmen masing-masing,” ujar sumber tersebut.

Antara tetamu yang mengesahkan kehadiran termasuk rakan selebriti, penyanyi terkenal Taylor Swift yang dijangka hadir bersama kekasihnya Travis Kelce.

Walaupun kenyataan belum dikeluarkan secara rasmi, Benny yang juga penerbit muzik pernah memberi bayangan dalam podcast Therapuss bersama pempengaruh Jake Shane sebelum ini.

Saya rasa kami akan berkahwin musim panas ini, tapi belum uruskan apa-apa secara rasmi. Kami sangat teruja dengan perancangan ini,” katanya.

Majlis itu dijangka menjadi antara perkahwinan selebriti paling dinanti tahun ini, memandangkan kedua-dua figura tersebut memiliki pengaruh besar dalam industri hiburan.

Terdahulu, gandingan dua sejoli itu mengumumkan pertunangan mereka pada Disember lalu selepas lebih setahun bercinta. – HIGBLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok