‘Konflik mentua? Saya sudah ‘move on’, fokus kehidupan baharu’

ENGGAN lagi memikirkan kemelut dengan keluarga mentua, penyanyi Loca B kini lebih memberikan fokus terhadap masa depan anak-anak.

Selain itu, Loca atau nama sebenarnya Nabilah Hani Azali, 33, berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat keluarganya agar tidak memberi kesan terhadap keadaan diri secara luaran dan dalaman.

Saya sudah ‘move on’ dan mahu fokus dengan kehidupan baharu. Saya hanya doakan terbaik untuk semua orang supaya kita sentiasa muhasabah diri.

“Saya hanya mahukan yang terbaik untuk kami semua daripada segi kesihatan mental, fizikal dan emosi.

“Apa yang saya boleh lakukan sekarang adalah fokus kepada masa depan anak-anak,” katanya kepada HibGlam usai sidang akhbar The Chosen One Xtra X Jutawan Ekpress, semalam.

Pada masa sama, isteri kepada penyanyi Tuju itu menganggap konflik bersama keluarga mentua sebelum ini sebahagian daripada ujian yang perlu dihadapinya.

“Secara jujur terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya dan perlu diselesaikan. Saya menganggap ini semua  ujian daripada Tuhan.

Kalau nak cakap memang kita ini emosi, mungkin juga sudah bertahun saya diam. Saya sebenarnya mahu teruskan hidup seperti biasa.

“Saya mahu lakukan yang terbaik, mencari rezeki halal untuk pastikan anak-anak terjaga. Itu adalah tanggungjawab paling besar yang saya ada,” ujarnya lagi.

Pun begitu, suaminya sentiasa memberi sokongan dan memahami situasi yang berlaku sepanjang kemelut.

Suami saya sentiasa di sisi saya (memberikan sokongan). Dia tidak perlu bersuara secara lantang tetapi saya tahu dia sudah melakukan yang terbaik.

“Suami saya tahu apa yang terjadi dan kami hanya mahu melepaskan semuanya (masalah) dan fokus pada keluarga kecil kami,” ujarnya.

Pada Februari lalu, Loca meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ibu mentuanya dan mendakwa wanita itu pernah melakukan penipuan dengan mencuri duit hasil kerja kerasnya ketika mengandungkan Bintang Aiko.

Sementara itu, Tuju atau Mohd. Azree Shah Awang Zamree, 29, juga memaklumkan sudah menghubungi ibunya namun nombor telefon sudah disekat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok