MASIH dituduh umpama biawak hidup, suami kepada penyanyi Shila Amzah, Ubai MZ meminta bantuan ‘tentera’ maya mencari individu yang didakwa menabur fitnah terhadapnya dan isteri.
Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 27, mahu bertemu wanita yang mempersoalkan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga apabila menganggapnya ditanggung isteri.
Bagi yang mengenali dia, boleh tak hubungkan saya dengannya? Sebab ada beberapa perkara nak bincang,” katanya dalam hantaran di laman sosial.
Ubai turut memuat naik foto individu yang meninggalkan komen mendakwa Shila terpaksa keluar mencari rezeki walaupun sarat hamil disebabkan suami tidak bekerja.
Ubai ini dia kerja apa? Bukan kata dah berhenti kerja ke? Berkebun katanya dulu? Dia viralkan sebab nak beritahu dia ada kerja kot. Harap dia bekerja.
“Sebab tengok macam Shila Amzah saja bekerja, dari hamil nak bersalin pun Shila masih bekerja,” tulis wanita berkenaan.
Lebih panas, dari soal kerja, komen pihak terbabit meleret pula kepada insiden membabitkan isterinya dengan penyanyi legenda, Datuk Amy Search baru-baru ini.
Dalam komen lain, orang yang sama mendakwa sikap Shila sendiri menjadi punca vokalis kumpulan Search itu mengherdiknya depan khalayak.
“Mesti ada yang cabar. Patutlah Shila dan pengurus tak nak sebut nama serta cerita apa kes. Rupa-rupanya dia kena sound Amy sebab campur urusan keluarga Amy.
Dalam artikel tulis Shila campur urusan keluarga Amy Search. Bila kena herdik, buat laporan polis, itulah lain kali jangan sibuk hal keluarga orang.
“Sebab keluarga sendiri pun berantakan sebelum ini. Itulah pelik ayat ‘kau tahulah nasib kau nanti’. Dia dah jolok sarang tebuan. Kalau tak, mustahil Amy nak keluar ayat itu,” tulis komen tersebut.
Rata-rata pengikut Ubai menyokong tindakan tegas dikenakan terhadap individu tersebut termasuk saman fitnah agar menjadi pengajaran kepada orang lain. – HIBGLAM