MENYERLAH dengan gaya luar biasa, kehadiran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri tumpuan apabila tampil penuh bersemangat mengenakan kostum Superman sempena majlis sambutan hari lahir anak-anak pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang berlangsung meriah dengan tema adiwira.
Menerusi satu hantaran Insta Story, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabella Astillah, 31,sempat bergurau mengenai penampilan Syed Saddiq yang hadir ke majlis sambutan hari lahir anak-anaknya, Ayden Adrean yang kini berusia lapan tahun dan adiknya, Ara Adreanna yang menyambut ulang tahun kelima.
Tengah tu (Syed Saddiq) macam patung atau AI (kecerdasan buatan),” katanya.
Bertemakan watak-watak filem adiwira dan animasi, kedua-dua cahaya mata pelantun lagu Lebih Indah Terpisah itu tampil comel dengan kostum pilihan masing-masing iaitu Ayden sebagai Iron Man manakala Ara pula mengenakan kostum Moana.
Kemunculan Syed Saddiq turut mencuri perhatian netizen apabila mesra melayani dan bergambar bersama Ara.
Antara momen manis yang dirakam ketika anak perempuan Bella itu memeluknya erat Syed Saddiq.
Ahli politik muda itu juga dilihat tidak kekok beramah mesra dan bergambar bersama keluarga Bella, sekali gus menceriakan suasana majlis tersebut.
Untuk rekod, Bella dikurniakan dua cahaya mata, Ayden dan Ara, hasil perkahwinannya dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz.
Pasangan itu pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah, namun berpisah buat kali kedua pada 13 Jun tahun lalu. – HIBGLAM