‘Saya tak terbabit, saya kenal pun sebab dia pakar motivasi’

DIKAITKAN dengan satu ajaran songsang, pengarah Erma Fatima meluahkan perasaan terkilan namanya ‘dipetik’ hanya disebabkan pernah menerbitkan drama Bidaah yang berkisar cerita sedemikian.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 57, menegaskan tidak pernah terbabit dengan perhimpunan motivasi membabitkan hubungan suami isteri seperti didakwa seorang individu di laman sosial.

“Saya tak pernah terbabit. Saya kenal dia pun kerana dia pakar motivasi dan ketika itu nak buat program motivasi tapi tak jadi sebab dua-dua sibuk.

“Saya tak berurusan dengan dia. Jangan fitnah. Suami dia pun saya tak kenal. Asal pasal ajaran sesat sahaja, nak kaitkan dengan saya. Mentang-mentanglah saya buat cerita Bidaah,” katanya.

Produser itu berada di New Zealand sejak minggu lalu bagi menjalani penggambaran sebuah telefilem di bawah syarikat produksi miliknya.

Sebelum ini, seorang individu memuat naik gambar lama Erma bersama pakar motivasi terbabit seterusnya mengaitkan Bidaah dengan ajaran dimaksudkan.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila beberapa individu mendedahkan satu program motivasi dan bimbingan rumah tangga kendalian sepasang suami isteri didakwa menyimpang daripada norma.

Peserta rata-rata golongan wanita yang berhadapan krisis rumah tangga itu dikatakan terlalu taksub sehingga kaedah dilakulan dikaitkan dengan ajaran sesat

Perkara ini turut dikongsikan aktivis kemasyarakatan, Caprice yang meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap aktiviti pasangan terbabit. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok