Mangu versi Amad bikin ‘candu’

SELEPAS Umai berjaya menempa nama dalam industri seni, kini giliran adiknya pula iaitu Amad Dayyan mengorak langkah sebagai penyanyi.

Muncul berduet bersama ibu saudaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Genting Highlands baru-baru ini, nama Amad kini menjadi bualan hangat netizen dalam media sosial.

Kata mereka, Amad mempunyai pakej lengkap dan masa depan cerah sekiranya bakatnya terus digilap serta bukan sekadar muncul seketika kemudian lenyap dari radar.

Terbaharu, videonya menyanyikan lagu Mangu milik kumpulan Fourtwnty mencuri perhatian ramai bahkan ada yang dengar berkali-kali ibarat ketagih!

“Tolonglah suruh Amad buat album atau lagu galau, suara dia sesuai sangat,” kata netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok