Tiket MCR ‘sold out’, terima kasih Malaysia

SAMBUTAN luar biasa, sebanyak 60,000 tiket konsert My Chemical Romance (MCR) yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 April 2026 habis terjual dalam tempoh satu jam setengah hari ini.

Perkara tersebut dikongsi penganjur konsert, Hello Universe yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang ‘berperang’ membeli tiket bermula pukul 11 pagi tadi.

“Terima kasih Malaysia.

“Sebanyak 60,000 tiket My Chemical Romance South East Asia Tour 2026 di National Stadium Bukit Jalil pada 30 April 2026 secara rasminya habis terjual!” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Namun, dalam ruangan ramai yang meluahkan rasa kecewa kerana gagal mendapatkan tiket dan berharap Hello Universe menambah kapasiti pada bahagian ‘standing zone’.

“Tolonglah buka semula jualan untuk ‘standing zone’. Kasihan kami.

“Buang masa lima jam ‘battle’ tiket, tak dapat pun beli.

“Tambah hari kedua!” luah mereka yang gagal membeli tiket.

Tiket konsert MCR dijual bermula dengan harga serendah RM299 sehingga RM1,099.

Terdahulu, selepas beberapa kali muncul dengan ‘teaser’ penganjur konsert tersebut iaitu Hello Universe mengumumkan konsert MCR di Malaysia bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada April tahun depan.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai peminat setia MCR yang dianggotai Gerard Way  Ray Toro, Frank Iero dan Mikey Way itu teruja meskipun harga tiket mencecah ratusan ringgit.

Malaysia merupakan salah satu lokasi yang tersenarai dalam siri jelajah MCR di Asia Tenggara selain Korea Selatan, Thailand, Filipina, Singapura dan Jakarta.

Antara seleksi popular mereka yang terus menjadi siulan sehingga hari ini adalah Welcome to The Black Parade, Helena, I Don’t Love You dan I’m Not Okay. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok