Rumah tangga Zizi Kirana, Yusuf Bahrin berantakan?

TIADA angin tiada ribut, rumah tangga pasangan selebriti Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin didakwa berantakan selepas didapati tidak lagi saling mengikuti Instagram masing-masing.

Hasil pemerhatian mendapati pemilik nama lengkap Nur Fazelah Mad Tahil, 40, kurang memuat naik foto bersama suami sejak kebelakangan ini.

Kali terakhir memuat naik gambar suami adalah pada 8 Jun lalu sempena sambutan hari lahir Yusuf.

Lebih menimbulkan tanda tanya, hantaran pelantun lagu Eh itu dalam aplikasi Threads baru-baru ini sarat dengan kata-kata berbaur luahan hati dan penuh makna tersirat.

Tahun ini kita diuji, kita jatuh, tapi Allah masih beri kita peluang. Alhamdulillah, walau tak semua faham perjalanan kita, Allah tak pernah jauh.

“Ya Rabb, ampuni yang lepas, redhai yang akan datang dan jangan biarkan aku lalui semuanya tanpa-Mu,” kongsinya.

Meskipun isu keretakan rumah tangga hangat diperkatakan, Zizi tetap dilihat tenang apabila berkongsi video bacaan surah al-Waqiah serta manfaat surah tersebut kepada para pengikutnya.

Bagaimanapun, tinjauan Instagram milik Yusuf lebih banyak memaparkan hal berkaitan kerja dan tiada hantaran bersifat peribadi.

Kali terakhir Yusuf memuat naik gambar Zizi ketika ulang tahun kelahiran isterinya disertakan kapsyen yang menyentuh hati.

‘Roller coaster’ itu normal, semua orang kena hadap. Yang penting selesai baik.

“Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nyawa dan usia untuk awak sampai ke hari ini serta seterusnga insya-Allah. Masih izinkan kita hidup bersama,” tulisnya.

Sebelum ini, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok