Bukan mudah berada di pentas hari ini – Shila Amzah

MESKI diri dan mentalnya belum berada dalam keadaan baik, penyanyi Shila Amzah tetap memberikan persembahan hebat pada konsert ulang tahun ke-20 Mr D.I.Y di Stadium Merdeka, malam ini.

Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, muncul membuat persembahan hari ni adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukannya.

“Tidak mudah untuk berada di atas pentas hari ini.

“Namun, saya berjaya laluinya,” katanya sebelum mendendangkan lagu Memori Tercipta.

Pada konsert tersebut, Shila turut mendendangkan lagu Firework milik Katy Perry dan sebuah lagi lagu  mandarin bertajuk Xiang Ni De Ye.

Hari ini, Shila memaklumkan masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media selain dinasihatkan pihak polis untuk tidak melakukannya.

Sebelum itu, dia menerusi Instagram berkata mengalami sakit kepala melampau selain tidak tahu bagaimana untuk mengharungi hari ini.

Semalam, Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 35, mendakwa diserang seorang artis legenda sehingga membuatkan dirinya mengalami kebimbangan melampau atau anxiety.

Rentetan itu, beberapa nama artis senior mula menjadi sebutan netizen seperti Datuk Amy Search, Datuk Awie dan Ella yang turut membuat persembahan pada konsert yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur malam ini.

Sementara pengurusnya yang dikebali sebagai Aini pula memberitahu, mereka sudah membuat laporan polis semalam.

Pihak Polis DiRaja Malaysia juga mengesahkan menerima laporan mengenai perkara tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok