INDIVIDU yang dikatakan menceroboh rumah usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri didakwa telah menjual harta benda di dalam rumah tersebut.
Menerusi hantaran dalam Instagram isteri Aliff, Datin Seri Shahida, dia mendedahkan pelbagai barangan telah dijual dan penceroboh itu turut menggantung gambar Aliff di dalam bilik dan mengakui itu adalah tunangnya.
“Kami memang ada rumah kampung. Dulu rumah singgah. Dah lama tak datang. Biasanya ada pekerja yang tolong tengokkan. Tetapi pekerja pun entahlah.
“Kebetulan ada jiran beritahu rumah saya dah ada orang duduk. Habis semua barang-barang dijual termasuklah kabel dan pendingin hawa. Daripada penuh sampai jadi kosong. Rumah jiran pun jadi mangsa.
“Tapi lucu dekat bucu katil dia gantung gambar Aliff Syukri. Dia kata tu tunang dia masa di kampung. Janji nak kahwin. 14 tahun dia tunggu. Diam-diam ya curang Aliff Syukri,” tulisnya.
Tambah Shahida lagi, kebetulan sewaktu dia dan suami pergi ke rumah mereka, wanita itu ada di rumah. Namun yang lain-lain telah lesap.
Bila datang periksa, elok pula dia tengah ada. Yang lain tau tahu lah ke mana. Semua dah serahkan kes ini kepada pihak polis,” tulisnya.
Terdahulu semalam Aliff membongkar kegiatan pelacuran dan aktiviti pengambilan bahan terlarang yang dilakukan oleh penceroboh di salah sebuah rumahnya yang terletak di Sungai Buloh.
Seorang wanita warga asing dipercayai melakukan kerja pelacuran berjaya ditemui di dalam rumah tersebut. – HIBGLAM