SAYA tidak mengandung, saya makan banyak sahaja.”
Demikian penjelasan penyanyi Marsha Milan yang menafikan berbadan dua gara-gara perubahan fizikalnya ketika muncul di Konsert Suara 34 hangat diperkatakan netizen sejak semalam.
Marsha atau nama lengkapnya, Marsha Milan Londoh, 40, berkata, tubuhnya nampak berisi disebabkan gemar menikmati makanan manis selain mempunyai selera yang tinggi.
Telahan ramai mengenai spekulasi kehamilannya tercetus selepas dia memuat naik video tampil beraksi pada persembahan pentas di RTM.
Ini kerana ada netizen meninggalkan konen ternampak seakan-akan bentuk ‘baby bump’ pada bahagian perut penyanyi itu.
Dia dilihat mengenakan gaun hijau zamrud dengan rekaan yang seolah-olah menutup perutnya.
Terdahulu, penyanyi lagu Hening Rindu itu mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 2015.
Sebelum ini Marsha sepanjang 10 tahun berkahwin mereka sudah bersedia menimang cahaya mata namun belum dikurniakan rezeki.
Begitupun, penyanyi asal Sabah itu terpaksa menolak dahulu tawaran beberapa hospital yang mahu membantunya menjalani kaedah rawatan kesuburan In-vitro (IVF). – HIBGLAM