MAHU berkongsi kegembiraan bercuti di Thailand dengan video-video tarian di TikTok, hantaran dimuat naik penyanyi Sophia Liyana baru-baru ini mengundang kecaman segelintir pemerhati.
Paparan video yang turut memaparkan kelibat pelakon Daiyan Trisha, Yaya Zahir dan Azira Shafinaz melakukan trend tarian di dalam bilik antara yang paling banyak respons.
Disifatkan sengaja tayang aksi seksi, netizen meluahkan teguran sehingga mengungkit semula kisah artis yang sudah menunaikan ibadah umrah tetapi paling ‘over’ dalam video berkenaan.
“Yang dah pergi umrah paling seksi. Entahlah,” itu antara komen netizen difahamkan merujuk kepada Daiyan.
Begitupun, masih ramai memberikan nasihat yang baik selain memuji kejelitaan wanita-wanita moden itu.
Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja tanpa perlu menghamburkan kata-kata kasar sehingga mengguris perasaan orang lain.
DIVA: Tak sabar tunggu Konsert Elite yang penuh sensasi September depan. Konsert 4U2C pun tak kurang panas, sampai menangislah!