Comel! Aina Abdul jadi biola pula

SELEPAS dikecam hebat disebabkan memakai jaket tebal ketika bercuti di luar negara baru-baru ini, Aina Abdul meraih pujian pula apabila tampil dengan busana bertemakan alat muzik!

Paling mencuri perhatian adalah rekaan biola pada bahagian depan dres warna putih yang tersarung di badannya.
Meski pada awalnya Diva rasa aneh tetapi lama-kelamaan kelihatan unik dan rasa di luar kotak sungguh idea busana Aina.

Bukan sahaja Diva, netizen juga turut terpegun bahkan memuji penampilan Aina yang dikatakan sangat comel!
Busana itu juga mendapat pujian Melly Goeslaw, Anuar Zain dan Fadhilah Intan.

Sebenarnya ramai merindukan untuk melihat Aina muncul dengan busana pelik yang sering dipakainya sebelum ini tetapi entah kenapa dia sudah jarang muncul dengan penampilan sebegitu.

Sepertinya itulah ‘trademark’ yang perlu Aina kekalkan sebab ramai sebenarnya suka!

DIVA: Suka tengok kemesraan Bonda Rozita dengan menantunya, Datin Seri Shahida.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok