Persis Johnny Depp, Zach X-Factor bikin ramai ‘melting’

JARANG muncul di kaca televisyen, nama pelakon Zach X-Factor menjadi bualan netizen selepas lakonannya menerusi drama Anak-Anak Mafia tular dalam media sosial.

Zach atau nama penuhnya Zachery Francis membuatkan ramai terpegun dengan gaya lakonannya sehingga ada yang menyamakan imejnya persis aktor ternama Hollywood, Johnny Depp.

Bukan sahaja disamakan, kemunculannya juga mengubat rindu peminat yang rata-ratanya mula mengimbau drama dan filem lakonannya sebelum ini.

“Dulu minat betul dia berlakon drama Si Capik dan filem Diari Romeo. Lagi tua lagi kacak.

“Dah tua-tua ni sudah macam Kim Ji-hoon pula!

“Macam Johnny Depp, Jack Sparrow!” usik netizen.

Dalam video tersebut, Zach melakonkan watak sebagai Qabil iaitu ketua gengster yang juga suami kepada Azura lakonan Abby Abadi.

Selain Zach dan Abby, Anak-Anak Mafia yang disiarkan menerusi platform TonTon turut dibintangi Mierul Aiman, Scha Elinnea dan Fitri Farok. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok