PELAWAK Along Cham mencabar isterinya, Afreena Suhaimi melakukan ujian air kencing terhadap dirinya bagi membuktikan dia tidak berada di bawah pengaruh bahan terlarang.
Along atau nama lengkapnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, berkata demikian selepas Afreena mengeluarkan kenyataan berbaur tuduhan dengan menggelarnya ‘drug addict’ (penagih dadah) dalam sebuah hantaran InstaStory yang dimuat naik semalam.
“Boleh pula ada kata, netizen masuk mahkamah dan cakap saya burukkan dia. Sebenarnya kita buka pembuktian.
Paling tak seronok, dia tuduh saya ambil barang terlarang masuk dalam mahkamah dan cakap saya dalam keadaan berkhayal.
“Boleh kalau nak cakap macam itu, ambil air kencing saya sekarang depan dia.
Kalau benda itu negatif, saya kencing kat muka dia. Saya punya tahap berani,” katanya kepada Kosmo! Online pada prosiding hari ini.
Tambahnya lagi, tuduhan tersebut bukan sahaja tidak berasas, malah memberi kesan buruk kepada reputasinya serta keluarga.
Saya belum lagi dituduh, belum ditentukan barang itu saya punya dan belum tentu air kencing milik saya, macam mana boleh tulis saya penagih.
“Benda ini bagi kesan kepada saya, ibu dan anak yang sedang membesar serta klien-klien saya,” ujarnya.
Pada masa sama, Along berharap agar isterinya dapat memberi kerjasama penuh supaya kes mereka diselesaikan dengan segera.
Kita nak dia (Afreena) setuju dengan perkara yang dia langgar.
“Kalau tak, memang akan jadi panjang,” tuturnya.
Semalam, Afreena memuat naik hantaran InstaStory mendakwa tidak mudah untuk berurusan dengan penagih dadah.
Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Sepang menetapkan tarikh 14 dan 18 Ogos bagi prosiding pengesahan lafaz cerai taklik Along dan Afreena.
Pada prosiding 1 Julai lalu, Along mendedahkan tiga sebab utama jatuhnya lafaz taklik terhadap Afreena pada Julai tahun lalu, termasuk tindakan wanita itu menghubungi bekas isterinya, Zila Saeron.
Dakwanya, perbuatan tersebut berlaku di kediamannya di Cyberjaya selepas amaran yang diberi tidak dipatuhi.
Terdahulu, Afreena mendakwa rumah tangga mereka mula berantakan sejak dua bulan selepas bernikah dan pernah berlaku lafaz cerai di luar mahkamah pada Julai 2024.
Pasangan itu bernikah pada 4 April tahun lalu. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Along dan Afreena. Masing-masing mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu.
Along sebelum pernah bercerai penyanyi Zila Saeron pada September 2016, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah jagaannya. Manakala Afreena pula mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertama. – HIBGLAM