PERBICARAAN cerai taklik pelawak Along Charm memasuki episod baharu apabila mendedahkah isterinya Afreena Suhaimi sebagai pihak yang mula-mula membuat provokasi mahu dilepaskan.
Afreena didakwa beberapa kali minta diceraikan walhal ketika itu mereka baru beberapa bulan berkahwin.
“Defendan (Afreena) suka ketika saya lafaz taklik dan bercerai dengan saya. Tapi siapa yang nak kahwin untuk bercerai?
Bukan sekali dia minta cerai dan lakukan provokasi. Memang tiada niat nak bercerai.
“Siapa tak marah, baru kahwin berapa bulan tetapi isteri minta cerai. Saya marah dan sedar ketika itu (lafaz taklik),” kata Along ketika soal
jawab bersama peguam syarie mewakili Afreena, Mohamad Iezwan Ielias di hadapan hakim.
Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan tarikh 14 dan 18 Ogos depan bagi prosiding pengesahan lafaz cerai taklik pelakon dan pelawak, Along Cham terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.
Perkara tersebut ditetapkan Hakim Syarie, Muhamad Nazri pada prosiding yang berlangsung hari ini.
Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mengakui lafaz taklik berlaku ketika dirinya berada dalam keadaan sedar tanpa sebarang pengaruh bahan terlarang dan juga telah diprovokasi beberapa kali oleh Afreena.
Bukan itu sahaja, Along juga turut mengemukakan bukti baharu berbentuk rakaman suara dari panggilan telefon bersama sahabat baik Afreena.
Berdasarkan rakaman suara panggilan telefon tersebut, Afreena didakwa curang dan bersekedudukan dengan bekas suami daripada perkahwinan keduanya di kediaman wanita itu sekitar bulan September tahun lalu sekali gus melanggar salah satu syarat taklik iaitu curang.
Along diwakili peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan, bukti tersebut tidak dilampirkan lebih awal kerana bimbang akan dimanipulasi oleh pihak defendan.
“Bukan dokumen baru tetapi sudah lama ada. Bila berhadapan dengan karakter (defendan) begitu, perlu lebih bijak.
Kalau lampirkan awal, bimbang pihak sana akan manipulasi.
“Saya bincang terlebih dahulu dengan pihak peguam sebelum keluarkan ‘peluru’ ini (rakaman suara) dan dia benarkan,” katanya kepada HibGlam selepas prosiding pengesahan lafaz cerai di sini, hari ini.
Tambah Along, dia pernah memohon untuk perbicaraan kes perceraiannya dilakukan secara tertutup kerana aib pihak defendan akan didedahkan tetapi tidak dipersetujui oleh mahkamah.
“Perbicaraan ini adalah terbuka, kami pernah minta mahkamah untuk dilakukan secara tertutup tetapi tidak dipersetujui oleh hakim dan defendan
Kami memohon secara tertutup supaya dapat menjaga aib pihak sana,” katanya.
Dalam masa sama, Along sekali lagi menegaskan dia meletakkan beberapa syarat taklik agar Afreena menjaga rumah tangga dengan baik tetapi sebaliknya yang berlaku.
Saya bagi syarat taklik supaya dia menjaga rumah tangga tetapi dia langgar juga,” ujarnya.
Afreena bagaimanapun tidak hadir ke prosiding yang berlangung hari ini kerana terikat dengan kerja.
Sementara itu, Mohamad Iezwan berkata, pihaknya tidak terkejut dengan dokumen pembuktian baharu yang dilampirkan oleh plaintif dan bersedia untuk memberikan kerjasama untuk tuntutan ini.
“Berkenaan dokumen baru (rakaman suara) kami tidak nenerima ia sebagai dokumen ‘premier’ tapi ‘secondary’ sehingga dibuktikan oleh pihak pemberi itu sendiri dan bawakan pihak yang memberikan dokumen itu.
Jadi untuk seterusnya kami akan teruskan dengan keterangan plaintif. Ketidakhadiran defendan hari ini juga tidak menjejaskan proses mahkamah hari ini, dia tak hadir atas urusan kerja,” ujarnya.
Pada prosiding 1 Julai lalu, Along mendedahkan tiga sebab utama jatuhnya lafaz taklik terhadap Afreena pada Julai tahun lalu, termasuk tindakan wanita itu menghubungi bekas isterinya, Zila Saeron.
Dakwanya, perbuatan tersebut berlaku di kediamannya di Cyberjaya selepas amaran yang diberi tidak dipatuhi.
Terdahulu, Afreena mendakwa rumah tangga mereka mula berantakan sejak dua bulan selepas bernikah dan pernah berlaku lafaz cerai di luar mahkamah pada Julai 2024.
Pasangan itu bernikah pada 4 April tahun lalu. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Along dan Afreena. Masing-masing mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu.
Along sebelum pernah bercerai penyanyi Zila Saeron pada September 2016, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah jagaannya. Manakala Afreena pula mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertama. – HIBGLAM