Ramai mahu Adira, Datuk Red kembali bersatu

SEBELUM ini, Datuk Red ada beritahu hasrat untuk bernikah semula dengan bekas isterinya, Adira pada Hari Raya Aidilfitri lalu tetapi tunggu punya tunggu, rancangan itu tak jadi.

Katanya ketika itu hanya akan jadi sahabat baik sahaja dan anggap tiada jodoh.

Diva ingatkan, peminat pun sudah ‘move on’ tetapi nampaknya masih ramai berharap mereka kembali bergelar suami isteri.

Iyalah, Datuk Red pun memang setiap masa muat naik konten dengan Adira, jadi masih ramailah yang mendoakan mereka kembali bersama.

Kalau tengok cara Datuk Red layan Adira, boleh nampak dia masih sayang dan perkara itu pun diakui netizen yang setiap hari melayan video-video TikTok serta ‘live’ mereka.

Tiada lain yang Diva boleh doakan, kalau jodoh mereka kuat, harap dipermudahkan jalan itu. Semoga hutang-piutang Datuk Red juga segera langsai dan dapat halalkan Adira semula segera ya.

Diva: Selain Elite, kumpulan 4U2C pun kena kecam sebab nak buat konsert. Netizen tanya banyak ke lagu popular?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok