AGAK lama tidak mendengar khabar pelawak dan pengacara Jiggy Masin, tup-tup sumber terdekat mendakwa isterinya Dhabitah Sabri keguguran.
Begitupun, tidak dapat dipastikan kandungan teman hidup yang dikahwini sejak dua tahun lalu itu sudah memasuki bulan ke berapa pada waktu tersebut.
Penerjun negara itu juga sebelum ini sudah menyelesaikan misi mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Paris pada September lalu.
Berita pilu itu juga difahamkan tidak dihebahkan, namun Dhabitah, 25, dilihat memperlahankan rentak sejak awal tahun ini.
Menurut sumber lagi, kesihatan penerjun dihormati ramai itu sudah semakin baik malah dia juga bakal memulakan rutin latihan dalam waktu terdekat.
Apa pun kita doakan semoga Jiggy dan isteri tercinta dikuatkan semangat berdepan dugaan.
Diva: Ramai peminat geram tengok kecomelan bayi Datin Intan Najuwa.