17
PEMILIHAN Amir Ahnaf melakonkan watak Thanos milik T.O.P BigBang dalam video parodi pendek bagi mempromosikan babak terakhir drama popular Squid Game 2 ternyata adalah pilihan tepat.
Berjaya menjiwai watak ‘gila-gila’ sebagai Panod dengan baik, pujian mula membanjiri ruangan komen aktor tersebut yang disifatkan versatil.
Paling mencuit hati ramai apabila Amir bertutur dalam dialek Terengganu.
“Tak minat Amir tapi watak Panos parodi ini menjadi!
“Menarik juga kalau Malaysia ada filem Squid Game sendiri, semua dialek boleh ada.
“Lawak lakonan dia. Janganlah kecam Amir, nama pun video parodi,” komen netizen.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut sudah meraih lebih 2.2 juta tontonan sejak dimuat naik dalam TikTok pada Isnin lalu. – HIBGLAM