25
BARU sahaja menyambut ulang tahun ke-33, penyanyi dangdut Ayu Ting Ting dikejarkan ke hospital akibat kesihatan yang merosot.
Perkara tersebut dikongsikan ibunya, Umi Kalsum menerusi sebuah hantaran menunjukkan dirinya sedang duduk di sisi katil pemilik nama sebenar Ayu Rosmalina itu.
Dalam foto tersebut, penyanyi Tat Tit Tut itu kelihatan lemah dan pucat tanpa senyuman pada wajah.
Difahamkan, selebriti sensasi berusia 32 tahun itu mengalami keletihan melampau sehingga akhirnya jatuh sakit.
Jadual padat kerja dalam industri hiburan, sesi penggambaran sehingga persiapan majlis ulang tahunnya dipercayai menjadi punca kesihatannya terjejas. – HIBGLAM