Johnny Depp halang anak jadi pelakon

MEMAHAMI sepak terajang dunia hiburan, aktor Johnny Depp pernah berpesan kepada dua anaknya, Lily-Rose Depp dan Jack Depp agar meneroka karier lain.

Ketika sesi wawancara dengan sebuah portal, bintang Pirates of the Caribbean itu berharap permata hatinya tidak mengikut jejak langkahnya sebagai pelakon.

Dulu mereka pernah bertanya mahu menjadi pelakon, tetapi saya jawab tak izinkan,” katanya.

Hal ini kerana, sejak awal terbabit dalam dunia seni termasuk muzik empat dekad lalu Johnny berdepan pelbagai cabaran getir.

Kata pelakon berusia 62 tahun itu, di sebalik kemasyhuran dan kemanisan disanjung insan sekelililing, banyak kepahitan perlu ditempuh.

Dia enggan Lily-Rose, 26, dan Jack, 23, melalui kesukaran yang pernah dirasainya selain terdedah kepada risiko kecaman apabila terjun ke arena hiburan.

Menurutnya lagi, dunia serba mencabar itu juga sering kali berusaha menjadikan seseorang sebagai ‘poster boy’ atau ikon yang disukai ramai demi keuntungan industri.

Mereka ingin kamu menjadi idola dan menawarkan kamu limpahan wang, namun kalau itu jalan yang kamu mahu, silakan tetapi jangan biarkan orang lain menentukan laluan untuk mu,” ujarnya.

Begitupun, Lily-Rose iaitu anaknya dengan model terkenal, Vanessa Paradis kini sudah bergelar pelakon. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok