Baju mengalahkan pengantin, Mahalini dikecam lagi

BUKAN kali pertama menjadi perhatian, penyanyi Mahalini sekali lagi menuai kecaman apabila dikatakan berpakaian terdedah ketika menghadiri acara perkahwinan Al Ghazali dan Alyssa Daguise, baru-baru ini.

Pada awalnya, pelantun lagu Sisa Rasa itu mengenakan baju bahagian luar lengan pendek tetapi tidak digayakan semasa naik ke pelamin untuk bersalaman dengan pengantin.

Disebabkan itu, bahagian bahunya terdedah sehingga ada yang berpendapat penampilannya mengalahkan pengantin perempuan.

Bagaimanapun, isteri kepada penyanyi Rizky Febian itu tampil mempertahankan diri dengan memberi penjelasan terhadap tindakan sengaja membuka ‘outer wear’ yang dipakai.

“Saya pun suka sangat dengan outer itu tetapi bila sampai di majlis rasa terlalu ekstra untuk digayakan,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok