‘Saya panas baran tapi tak tunjuk kepada umum’

MENGAKUI diri panas baran, pelakon Scha Alyahya tetap memilih untuk tidak menzahirkan emosinya secara terbuka lebih-lebih lagi dalam media sosial.

Menurut Scha atau nama lengkapnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 42, sisi peribadi yang jarang diketahui umum tersebut sebenarnya dipengaruhi sikap ibu bapanya.

“Bapa saya seorang yang rasional, manakala ibu pula beremosi sikit. Jadi, walaupun saya rapat dengan ibu saya, tapi perasaan rasional itu lebih daripada emosi saya.

Jadi kalau saya nak marah, saya tak berbuat demikian. Ya saya marah, malah saya seorang yang sangat panas baran.

“Tapi saya tak akan tunjuk kepada orang lain, terutamanya dalam media sosial,” katanya menerusi sebuah audio siar.

Malah, isteri kepada pelakon Awal Ashaari melihat tiada keperluan untuk menguar-uarkan emosi secara terbuka kerana peka dengan impak yang harus dilalui.

Saya tak akan buka ruang untuk orang tahu yang saya marah.

“Sebab tindakan itu sesuatu yang sangat buruk.

Hanya kerana awak ada media sosial, tak bermaksud awak perlu beritahu semua benda kepada semua orang,” ujarnya.

Berkongsi lanjut, Scha memaklumkan pendekatan tersebut diambil daripada didikan ibu yang sentiasa menekankan supaya sentiasa bersikap tenang dalam apa jua keadaan.

Ibu selalu ingatkan, selalu jadi baik. Dia punya pendekatan dalam hidup semuanya okey, jadi memang dalam hidup saya, itulah yang saya bawa.

“Bagi saya, itu adalah karakter atau keperibadian mak saya yang ada dalam diri saya,” tuturnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok