SEJAK bergelar ibu, pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan kebimbangan untuk membawa anaknya, Imane Lunara bercuti.
Mengulas mengenai tindakannya itu, nama penuh Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, akui dirinya terlalu banyak berfikir atau ‘overthinking’ tentang situasi yang akan dihadapi.
“Anxiety (ketakutan) saya nak melancong dengan anak meningkat.
Baik naik kereta atau kapal terbang. Semuanya buat saya paranoid melampau.
“Risau macam-macam benda,” katanya dalam hantaran Threads.
Bagaimanapun, pelakon drama Racun Rihanna itu memaklumkan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman kerap menasihatinya agar lebih tenang dalam mendepani apa juga keadaan.
“Suami suruh tenang sedikit. Beginilah jadi mak.
Mungkin saya patut bertenang sedikit dan menikmati perjalanan, tidak terlalu berfikir banyak perkara,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Intan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur kerana tidak mahu anaknya tertekan dalam kesesakan lalu lintas yang teruk.
Dia juga tidak yakin untuk membawa puterinya menaiki kapal terbang kerana bimbang anaknya akan tertekan.
Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Ahmad Azraf pada Ogos 2023.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu. – HIBGLAM