TANPA segan silu, aksi pelakon dan usahawan, Fara Mendoza memuat naik video menjalani rawatan ‘waxing’ di bahagian punggung sekali lagi mengundang kecaman netizen.
Menerusi perkongsian dalam Instagram Story, Fara atau nama sebenarnya Norfaralinah Md. Yunus, 37, dilihat merakam sesi rawatan di sebuah pusat kecantikan yang dikatakan rutin bulannya.
Rawatan bulanan saya. Tiada bulu, bersih, wangi. Sumpah best! Servis pun bagus,” tulisnya ringkas.
Tindakan tersebut sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menganggap tindakan pelakon filem Autumn In Wales itu sebagai keterlaluan dan tidak menjaga batas sebagai wanita Melayu.
“Tak tahu malu ke? Benda begini bukan untuk tontonan orang. Simpan sendirilah,” tegur seorang pengguna Instagram.
Makin hari makin galak. Macam dah tak ada maruah. Semua benda nak tayang demi konten,” komen seorang lagi netizen.
“Kalau orang luar tengok, malu kita sebagai wanita Melayu. Jangan rosakkan imej sendiri,” ujar pengguna lain.
Pun begitu, ada juga segelintir netizen mempertahankan tindakan usahawan produk kecantikan itu dengan menyatakan rawatan waxing sememangnya merangkumi pelbagai bahagian tubuh dan bukan satu perkara pelik.
“Bukan dia bogel pun. Rawatan tu normal, cuma orang kita cepat melatah,” komen netizen.
Kalau artis luar buat, semua puji berani. Bila artis tempatan, cepat sangat jatuhkan hukuman,” tambah seorang lagi peminat.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Fara mencetuskan kontroversi apabila pernah memuat naik video rawatan Brazilian wax sehingga menampakkan sebahagian kawasan sensitif dan privasi wanita.
Perkongsian tersebut mengundang perdebatan hangat tentang etika selebriti dalam menampilkan kandungan peribadi kepada umum. – HIBGLAM