‘Terhutang budi, terima kasih selalu ada dengan saya’

KEHADIRAN pelakon dan penyanyi, Bella Astillah pada acara Powerman Malaysia 2025 di Dataran Putrajaya kelmarin sekali lagi mencetuskan spekulasi mengenai hubungannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, dilihat memberi sokongan kepada Saddiq yang menyertai pertandingan tersebut malah turut berkongsi beberapa foto ketika berada di lokasi acara terbabit.

“Berbangga dengan seseorang yang mungkin sendiri tak sedar betapa hebatnya dia.

Tahniah atas penamat yang mantap, begitu tinggi rasa hormat atas disiplin dan dedikasi luar biasa Syed Saddiq,” tulisnya.

Lebih membuatkan netizen tidak keruan apabila Saddiq atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abd. Rahman, 32, meninggalkan komen berterima kasih kepada ibu dua anak itu kerana sentiasa memberi sokongan.

Terima kasih kerana sentiasa ada untuk saya. Awak terlalu baik. Terhutang budi (banyak sangat dah),” balas Saddiq.

Sehubungan jtu, ramai berseloroh agar ahli politik itu segera memperisterikan Bella sekiranya mahu membalas jasa dan kebaikan pelakon Aku Tanpa Cintamu itu.

“Kalau dah banyak sangat budi tu, balas dengan akad, YB,” tulis seorang netizen.

Bunga pun dah bagi. Bella pun dah ada. Tinggal mas kahwin je,” seloroh seorang lagi peminat.

“Dah penat kami ‘ship’ dari jauh. Tolonglah buat rasmi. BASS till jannah!” komen peminat.

Terdahulu, Bella dan Saddiq pernah muncul bersama dalam kempen jenama pakaian tempatan serta kolaborasi dalam video muzik Tapi Bukan Denganmu.

Fenomena gandingan dua figura itu dikenali dengan jolokan ‘BASS’ bukan sahaja tular di Malaysia, malah meraih perhatian di Korea Selatan.

Meskipun belum pernah mengesahkan status hubungan mereka secara terbuka, keluarga kedua-duanya sudah pun memberi restu andai benar ada jodoh antara mereka. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok