‘Assalamualaikum pewarisku’ – Ben Ladin timang anak lelaki

PENYANYI Ben Ladin menyambut kelahiran anak sulung yang digelar ‘Baby J’ di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Ben atau nama lengkapnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan, 24, memaklumkan isterinya, Anna Syida, selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan sihat dan sempurna.

Assalammualaikum pewarisku tercinta, alhamdulillah isteri saya Anna Syida telah selamat melahirkan bayi kami.

“Terima kasih kepada anda yang telah banyak mendoakan,” katanya.

Ben turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan buat isterinya kerana telah melahirkan zuriat mereka.

Terima kasih kepada isteri tercinta kerana telah melahirkan hadiah paling bermakna ini.

“Saya hargai segala pengorbanan awak selama ini.

Ini satu perjalanan yang panjang buat kita berdua dan semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kita,” katanya lagi.

Terdahulu, Ben dan Syida mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.

Sekitar Mac lalu, Ben mengumumkan berita gembira mengenai kehamilan isterinya melalui hantaran dalam Instagramnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok