Siti Nurhaliza memang iron lady!

MAKIN kurus dan nampak muda! Itu antara pujian yang membanjiri media sosial Datuk Seri Siti Nurhaliza sejak akhir-akhir ini.

Ramai juga perasan bentuk badan Siti semakin langsing sehingga ramai bertanya tentang tip untuk kurus.

Namun, ketika ramai fokus tentang hal kurus itu, Diva lebih tertarik dengan cara senaman intensif Siti yang dikongsi dalam media sosial baru-baru ini.

Turun naik tangga dalam keadaan cangkung dan boxing, memang ‘power’ betul Siti, kalah orang muda walhal sudah berusia 46 tahun.

“Kalau saya yang turun naik tangga itu, kaki terus ‘cramp’!

“Rasa menyesal melantak tiramisu sebekas selepas tengok video Siti, nak kena kurus juga ni!

“Kita merangkak dan mencangkung juga tetapi capai makanan, tapi Siti terus boxing,” komen netizen.

Sakit perut Diva baca reaksi netizen tetapi Siti juga berpesan, jangan terlambat untuk amalkan gaya hidup sihat, ingat tu!

DIVA: Tak sabar tunggu akad nikah satu pasangan hot.

VIDEO Siti ketika melakukan senaman yang mendapat banyak reaksi netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok