Kehilangan besar buat dunia kewartawanan negara – Fahmi Fadzil 

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah buat keluarga Penolong Pengarang Berita Hiburan Berita Hiburan Berita Harian (BH), Raja Nurfatimah Mawar Mohamed, 49, yang meninggal dunia di kediamannya di Sungai Long, petang tadi.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Fahmi berkata, arwah telah banyak berjasa kepada dunia kewartawanan dengan lebih 30 tahun pengalaman.

“Innalillahi wainna ilaihi raji’un. Saya berdukacita menerima berita pemergian Raja Nurfatimah Mawar, Penolong Pengarang Berita Hiburan Berita Harian (BH), hari ini.

“Saya sampaikan ucapan takziah yang setulusnya kepada seluruh keluarga allahyarhamah, serta sahabat handai di BH.

“Allahyarham merupakan seorang pengamal media yang disegani oleh rakan-rakan dan kenalan seindustri,” katanya.

Terdahulu, Raja Nurfatimah meninggal dunia selepas mengadu sakit dan sukar bernafas kira-kira pukul 2 petang, semalam.

Pemergian Raja Nurfatimah yang memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang kewartawan dan cukup dikenali dalam kalangan pengamal industri seni, mengejutkan keluarga dan kenalan.

Jenazah Allahyarham Raja Nurfatimah dibawa ke Hospital Kajang, bagi menjalani postmortem.

Jenazah Allahyaham Raja Nurfatimah kemudian dibawa ke kampung halaman di Kuala Terengganu, Terengganu untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Haji Kadir Pasir Panjang. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok