Dituduh jumpa bomoh Siam, Azharina lapor polis

MEMANG melampau kalau sebarkan fitnah yang bukan sekadar jejaskan reputasi, bahkan turut mengheret nama anak atau ahli keluarga seseorang.

Difahamkan, atas perkara itu penyanyi Azharina membuat laporan polis atas penyebaran tuduhan dilakukan sebuah saluran YouTube yang mendakwa kononnya dia mencari bomoh di Thailand gara-gara berdepan zaman kejatuhan.

Video berdurasi hampir setengah jam itu memuatkan dakwaan penyanyi berusia 40 tahun itu turut mengasingkan diri selepas ke Siam, selain menggambarkan kehidupannya sunyi.

Menurutnya dalam satu temu bual, perkara paling membuatkannya terkilan apabila gambar anak sulungnya, Rahmat Azharin juga digunakan dalam video berkenaan.

Patutlah penyanyi Elegi Sepi itu bengang, sudahlah sebarkan fitnah, insan kesayangannya turut dijadikan mangsa serangan.

Diva pun pelik, Azharina antara selebriti yang mudah mesra, tidak sombong serta sangat merendah diri. Siapalah yang sampai hati sebarkan cerita mengarut macam itu.

DIVA: Ada seorang artis pernah mendedahkan terpaksa menyepikan diri disebabkan penyakit misteri.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok