HUBUNGAN antara pelakon Riena Diana dan Keith Foo bukan lagi rahsia, apatah lagi difahamkan bau nasi minyak sudah semakin kuat bertebaran.
Pasangan ini pun tidak merahsiakan cinta mereka selain saling menyokong kerjaya seni masing-masing membuatkan peminat turut memberikan restu.
Cuma adakalanya kemesraan yang dipamerkan membuatkan banyak mata memandang mengakui kurang selesa, bahkan menganggap aksi mereka kurang manis kerana terlajak intim belum pun bergelar suami isteri.
Terbaru tular sebuah video memaparkan kemesraan Riena dan Keith ketika mempromosikan satu produk menerusi media sosial.
Rata-rata meminta pasangan kekasih tersebut dapat menjaga batas pergaulan selagi belum sah mendirikan rumah tangga.
Tidak kurang juga menyarankan agar mereka menyegerakan pernikahan memandangkan ini bukan kali pertama netizen memberi teguran.
Harapnya Riena mahupun Keith tak cepat sentap dengan teguran netizen kerana mereka bagi nasihat dek sebab sayang.
DIVA: Irma Hasmie macam tengah bagi ‘hint’ macam nak naik pelamin lagi. Tahniah!